Wednesday, August 25, 2010

Penyelakuan dan Bentangan Litar Bersepadu



Tujuan
  • Untuk memberikan saiz-saiz fizikal peranti-peranti MOS 
             - Lebar
             - Panjang
   

  • Setiap komponen dalam litar bersepadu diwakilkan dalam


Takrifan Bentangan

Bentangan - corak-corak lukisan yang menunjukkan
  • trek-trek perlogaman
  • kedudukan resapan N @ P
  • polisilikon diatas wafer.
Dihasilkan dgn :
  • Bantuan perisian komputer
  • Menggunakan Tangan


Fungsi
  • Menentukan lapisan bilangan penyambungan dan pelan lantai
  • Untuk menghasilkan bentangan, corak pada topeng perlu disediakan mengikut aturan yang tertentu.


Aturan-Aturan Rekabentuk
  • Hukum mengenai dimensi sesuatu ciri yang sah dipraktikan dalam reka bentuk litar bersepadu.
  • Perlu dalam penghasilan topeng-topeng dan ia menyediakan komunikasi diantara jurutera proses dan perekabentuk litar.
  • Untuk mendapatkan litar dengan keboleharapan kendalian yang paling baik dalam saiz yang terkecil tanpa menjejaskan keboleharapan litar
  • Hukum-hukum rekabentuk ini : 
                - Lebar
                - Pisahan
                - Tambahan
                - Tindihan 


Terdapat 2 jenis aturan iaitu :-

  • Aturan Rekabentuk Am
  • Aturan berdasarkan geometri

Aturan Rekabentuk Am
  • Susunan bentangan dalam kawasan serpih yang kecil
  • Elakkan pembentukkan simpang-simpang di kawasan yang luas supaya ia jauh daripada arus bocor
  • Jumlah laluan saling hubungan yang bersilang mestilah dikurangkan
  • Pad-pad sentuhan mesti diletakkan di persisian serpih supaya tidak bersilang.


Aturan Berdasarkan Geometri
  • Micron dan landar
  • 2 kategori takrifan iaitu;
  • jika pertindihan diantara kedua-dua fitor boleh menyebabkan bencana seperti litar pintas, maka corak mestilah diasingkan sekurang-kurangnya 2 landar. 
  •             1λ = 2.5 um
  • jika pertindihan dibenarkan tetapi boleh dielakkan maka corak-corak mestilah diasingkan oleh jarak 1 landar.
  • Rasionalnya, dekat sangat shot akan menyebabkan;
              *arus bocor
              *perisian computer & kertas bentangan - ralat.



Kendalian NMOS Sebagai Suis
NMOS Suis Terbuka
  • Get kawalan (input) pada nilai logic rendah  (0)
  • Tiada arus mengalir antara punca----salir
  • Tiada pengaliran electron antara punca--------salir. 

NMOS Suis Tertutup
  • Get kawalan (input) pada nilai logic tinggi (1)
  • Arus mengalir antara punca----salir
  • Ada pengaliran electron antara punca--------salir.
  • (Terdapat susut voltan( pada keluaran)- sifat suis terhasil kurang baik.)



Kendalian PMOS Sebagai Suis

NMOS Suis Terbuka
  • Get kawalan (input) pada nilai logic rendah  (0)

NMOS Suis Tertutup 
  • Get kawalan (input) pada nilai logic tinggi (1)

 


CMOS Penyongsang (Inverter)

                                            Simbol

                                          Rajah Lidi

Kendalian
ARAS LOGIK MASUKAN 1
  • Transistor NMOS tertutup, PMOS terbuka.
  • NMOS = Transistor tarik bawah ( pull down transistor.
  • Aras logic keluaran ditentukan oleh votan bumi ( 0 ).

ARAS LOGIK MASUKAN 0
  • Transistor pMOS tertutup, NMOS terbuka.
  • PMOS = Transistor tarik atas ( pull up transistor.
  • VO  = VDD 


Get Penghantaran (Transmission Gate)
                                                       Simbol

                             Rajah Lidi

Kendalian


  • Denyutan jam dibekalkan pada get transistor NMOS, manakala songsangan pada get transistor PMOS.
  • Jika berada pada logic tinggi, kedua-dua transistor akan hidup dan membenarkan voltan pada bahagian masukan dipindahkan ke bahagian keluaran.
  • Jika pada logic rendah, kedua-dua transistor terbuka.

Takrifan Stick Diagram 
  • Pemindahan gambarajah skima kepada suatu gambarajah yang mewakili maklumat tentang lapisan –lapisan yang membentuk transistor 
  • Ia dibuat secara kasar dan tiada aturan 


Pengkodan warna mewakili lapisan –lapisan transitor



No comments:

Post a Comment